Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Usaha Pulihkan Hutan Simpan Gunung Inas Dipergiat, 500 Pokok Ditanam

By 24 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 24 April (MalaysiaAktif) – Sebanyak 500 batang pokok pelbagai spesies ditanam pada program Project 2 Million: Gunung Inas Kami Datang Siri 1/2026.

Projek sebagai usaha memulihkan kawasan hijau itu dilaksanakan di sebahagian kawasan hutan simpan gunung berkenaan yang berkeluasan hampir 37,000 hektar menerusi penyertaan lebih 200 sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan penduduk setempat.

kata Pegawai Daerah Baling Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata antara spesies pokok yang ditanam ialah merawan siput jantan, meranti, keruing, pulai, karas, kasai, kundang rumania dan merbau yang dipilih bersesuaian dengan ekosistem hutan tropika negara.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pemulihan kawasan hutan, malah mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya ketika menyempurnakan program tersebut, di sini Selasa lalu.

Majlis Daerah Baling turut mengambil inisiatif menjadikan pokok-pokok yang ditanam sebagai ‘Anak Angkat’ dengan pemantauan berterusan bagi memastikan kadar kelangsungan hidup pokok sentiasa tinggi.

Penganjuran siri pertama itu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Siri 2/2026, dengan sasaran penanaman lebih besar sehingga mencapai 100,000 pokok menjelang tahun 2030.

-RI

Tinggalkan komen anda