Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kolaboratif IPD Julau, Komuniti Rumah Debok Perkukuh Pencegahan Jenayah

By 13 April 2026April 15th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mathilda Sempon/IPD Julau (Julau)

JULAU, 13 April (MalaysiaAktif) – Usaha memperkukuh pencegahan jenayah di peringkat akar umbi terus diperkasa menerusi Program Kepolisian Komuniti anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau.

Program dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Debok itu menjadi platform penting dalam mendekati masyarakat secara langsung melalui penyampaian maklumat keselamatan.

Inisiatif tersebut turut memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti dan pihak berkuasa selain membuka ruang kepada orang ramai menyuarakan kebimbangan berkaitan isu jenayah setempat.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien menyifatkan program itu sebagai langkah proaktif dalam mendidik masyarakat untuk lebih peka terhadap pelbagai bentuk jenayah khususnya penipuan dalam talian.

Larry Sng Wei Shien menyifatkan program kepolisian komuniti sebagai langkah proaktif dalam mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap ancaman penipuan dalam talian di Julau kelmarin.

“Program seperti ini perlu diadakan secara berterusan supaya masyarakat lebih faham akan taktik yang digunakan oleh penipu atau ‘scammer’ melalui aktiviti penipuan dalam talian,” katanya kepada MalaysiaAktif kelmarin.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah menegaskan bahawa pencegahan jenayah bermula daripada kesedaran dan tindakan bersama dalam kalangan komuniti.

Beliau menjelaskan kehadiran pihak polis adalah untuk meningkatkan kesedaran diri serta memupuk nilai perpaduan sesama penduduk dalam membanteras jenayah secara kolektif.

-RJ-

Tinggalkan komen anda