Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kembara D’Astana Martabat Sejarah Lingga, Pererat Hubungan Rakyat

By 5 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Joshua Amir Sibat/Khairul Anwar Ali (Sarawak)

KUCHING, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Program Keberangkatan Kembara D’Astana ke Triso, Sebuyau dan Lingga pada 2 hingga 3 Mei lalu berjaya menyingkap semula sejarah kegemilangan ‘Negeri Banting’ serta memperkukuh jati diri masyarakat pesisir.

Antara pengisian utama termasuklah Ziarah Nostalgia di Triso yang melibatkan lawatan ke tapak rumah serta telaga lama zaman kanak-kanak Tun Wan Junaidi.

Program diteruskan dengan bacaan tahlil di Tanah Perkuburan Kampung Triso sebelum delegasi bergerak ke Sebuyau bagi mengikuti pengisian rohani.

Di Lingga, pendedahan sejarah diketengahkan melalui persembahan Manuskrip Banting-Lingga serta pameran artifak seperti pedang dan tombak.

Timbalan Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Saimi Bujang berkata Lingga pernah mempunyai sistem pentadbiran berdaulat melalui Hukum Kanun Lingga-Banting.

Beliau menjelaskan pemimpin terakhirnya iaitu Syarif Jaafar merupakan leluhur kepada Tun Wan Junaidi.

Seorang penduduk Jemayah Sani, 54, berkata kehadiran Yang di-Pertua Negeri membanggakan penduduk kerana beliau tidak melupakan asal usul keluarga di Triso.

“Kehadiran beliau bukan sahaja mengeratkan silaturahim malah membanggakan penduduk kerana tidak melupakan asal usul,” katanya.

Jemayah menyifatkan kunjungan tersebut sebagai platform terbaik untuk rakyat mendekati pemimpin tertinggi negeri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda