Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Jaslinda Kini Stabil, Tunjuk Perkembangan Positif

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 9 Jun (MalaysiaAktif) – Keadaan pendaki Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang selama 14 hari di kawasan Gunung Batu Putih semakin stabil dan menunjukkan perkembangan yang sangat positif.

Pengarah Hospital Tapah Dr. Wan Immi berkata Jaslinda mengalami beberapa kecederaan ringan termasuk luka pada badan akibat berada dalam tempoh yang lama di dalam hutan, selain kecederaan pada bahagian kaki.

“Namun begitu, beliau berada dalam keadaan stabil, mampu makan, bercakap dan berkomunikasi dengan baik,” katanya di sini semalam.

(Dari kiri) Mohd Azlan, A. Sivanesan dan Dr. Wan Immi Salim ketika ditemu ramah media.

Jaslinda menerima rawatan di hospital tersebut semenjak ditemui berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

Sementara itu, dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi Helmi dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional A. Sivanesan hadir menziarahi Jaslinda.

-RI

Tinggalkan komen anda