Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Hari Bapa: Platform Perkukuh Kekeluargaan, Semai Penghargaan

By 30 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

BUKIT KATIL, 17 Jul (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka 2026 dan Advokasi Kesejahteraan Lelaki dan Wanita (WCare) menjadi platform memperkukuhkan hubungan kekeluargaan serta menyemai penghargaan terhadap pengorbanan seorang bapa, kata Datuk Kalsom Noordin.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka berkata sambutan itu memberi penekanan kepada aspek kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan keluarga sebagai usaha melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan berkualiti.

Para peserta bergambar selepas majlis perasmian.

“Bapa sentiasa menjadi pelindung, pembimbing dan sumber inspirasi kepada keluarga, sejajar dengan tema ‘Sehebat Kasih Bapa’,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, di sini semalam.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka dengan kerjasama pelbagai agensi itu bertujuan menghargai jasa serta pengorbanan golongan bapa dalam membentuk institusi keluarga yang harmoni di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penglibatan aktif bapa dalam perkembangan dan kesejahteraan anak-anak.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program, antaranya senamrobik kerusi, saringan kesihatan, pemeriksaan pergigian, klinik kesejahteraan lelaki, ceramah kesihatan, pertandingan kecergasan serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

-RI

Tinggalkan komen anda