Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kecekapan Penjawat Awam Melaka Pacu Kepuasan Rakyat

By 1 Julai 2026Julai 2nd, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Rasyidah Mustapa/Facebook Ab Rauf Yusoh

MELAKA TENGAH, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Komitmen tinggi serta kecekapan penjawat awam negeri Melaka dalam memacu penyampaian perkhidmatan dan pentadbiran negeri menunjukan kadar kepuasan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata Kadar Kepuasan Rakyat Terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Pada Tahun 2025 terus melonjak mencapai 91.94 peratus.

Beliau mengumumkan perkara itu pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam (MAPAN) Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, di sini semalam.

Seramai 379 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 39 penerima Anugerah Khas Perkhidmatan (AKP) diraikan pada majlis tersebut.

Antara penerima-penerima APC.

“Terima kasih kerana berada di lapangan termasuk ketika menjayakan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) ketika rakyat memerlukan kehadiran kerajaan bagi penyelesaian, ketika berdepan pelbagai cabaran, kekangan dan sentiasa menjaga nama baik Perkhidmatan Awam Negeri Melaka melalui integriti, profesionalisme dan komitmen yang pernah luntur,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh, barisan kepimpinan negeri serta ketua-ketua jabatan.

-RI

Tinggalkan komen anda