Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kenduri Komuniti Perkukuh Hubungan Penjawat Awam dan Masyarakat

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

NAKA, 13 Jul (MalaysiAktif) – Hubungan antara warga perkhidmatan awam dan masyarakat setempat terus diperkukuh menerusi penganjuran program Kenduri Komuniti di Masjid Al-Hidayah, Pekan Naka, kelmarin.

Program kolaborasi strategik anjuran bersama oleh Pejabat Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman serta Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap menjadi wadah penting dalam mengeratkan ukhuwah dan kemesraan antara agensi kerajaan serta masyarakat.

Penyerahan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah, Pekan Naka.

Salah seorang tetamu yang hadir Abdul Kadir, 71, ketika ditemui semalam berkata kehadiran barisan kepimpinan negeri dan daerah membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan hubungan dengan rakyat sentiasa dekat di hati.

“Selain hidangan kenduri yang disediakan secara gotong-royong, program kali ini menampilkan kelainan dengan adanya slot Free Market.

Free Market ini merupakan inisiatif yang mendapat sambutan luar biasa daripada rata-rata penduduk Pekan Naka dan orang ramai berpeluang membawa pulang pelbagai barangan keperluan secara percuma antaranya termasuklah baju dan pakaian harian, tudung dan busana muslimah, buku-buku ilmiah dan bahan bacaan dan juga pinggan mangkuk serta peralatan dapur,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Kedah Dato’ Dr. Nadzman Mustafa dan Pegawai Daerah Padang Terap, Mohd Noor Ismail.

-RI

Tinggalkan komen anda