Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KKPB Perkasa Pendigitalan Karya Pensyarah Menerusi Seminar Penulisan E-Buku

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza (Kuantan)/KKPB

KUANTAN, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Usaha memperkasa pendigitalan karya ilmiah dalam kalangan pensyarah terus diperkukuh apabila Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) menganjurkan Seminar Penulisan dan Penerbitan E-Buku dengan kerjasama InTouch Publication dan MSGA Sdn. Bhd., di Dewan Kuliah KKPB, di sini semalam.

Pegawai Pembelajaran Digital KKPB Ayu Hasnidah Zainudin berkata seminar berkenaan menjadi pemangkin kepada usaha pendigitalan karya ilmiah dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti di Pahang.

“Seminar ini memberi peluang kepada pensyarah meningkatkan kemahiran menulis di samping mempelajari strategi pemasaran e-buku pada masa hadapan.

“Ia juga menjadi platform pembangunan profesional yang mampu meningkatkan keupayaan pensyarah menghasilkan karya digital berimpak tinggi,” katanya.

Jurulatih Penulisan iaitu Dr.Hani berkongsi ilmu dengan para peserta.

Program yang melibatkan pensyarah serta kakitangan Kolej Komuniti Zon Pahang tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan, memperluas penerbitan karya digital serta memberi pendedahan mengenai strategi pemasaran e-buku bagi memastikan hasil penulisan pensyarah mampu dimanfaatkan secara lebih meluas.

Peserta turut didedahkan dengan aspek penulisan, reka bentuk e-buku serta tatacara permohonan Digital International Standard Book Number (ISBN/eISBN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PdP) secara digital melalui Sistem Depositori Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Menurut beliau, inisiatif itu diharap dapat memperkukuh kredibiliti pensyarah sebagai pakar dalam bidang masing-masing sekali gus menyokong agenda transformasi pendidikan abad ke-21.

Sementara itu, kejayaan buku Evolusi Pengiklanan hasil karya pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan KKPB Hasrina Abdullah dan Nur Shuhadah Mahadi yang kini dijadikan bahan rujukan di Kolej Vokasional Balik Pulau, membuktikan karya digital pensyarah institusi pendidikan mampu memberi impak positif kepada ekosistem pembelajaran.

Ia juga turut menjadi inspirasi kepada lebih ramai warga akademik untuk menghasilkan penerbitan digital berkualiti.

-RI

Tinggalkan komen anda