
Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)
PENGKALAN HULU, 15 Jul (MalaysiaAktif) – Pengkalan Hulu dilihat berpotensi untuk dimajukan dalam indutri agropelancongan bagi menarik pelancongan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Shaharuddin Abu Sohot berkata Pengkalan Hulu memiliki keunikan tersendiri menerusi gabungan tarikan alam semula jadi, rekreasi dan agropelancongan yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong.
“Pengkalan Hulu mempunyai produk pelancongan yang unik dan berdaya saing,” katanya ketika berucap sempena Lawatan Kerja MOTAC, di sini semalam yang antaranya membincangkan agenda transformasi eko-pelancongan daerah bersama Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH).
Beliau berkata MOTAc akan terus menyokong usaha memperkasa produk ekopelancongan berasaskan alam semula jadi di daerah berkenaan.
“Pembangunan pelancongan bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi setempat, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan komuniti melalui penyediaan produk dan perkhidmatan pelancongan,” katanya.
Delegasi turut melawat beberapa lokasi tarikan utama termasuk Gua Gendang, Tasek Takong, Tapak Rekreasi Bukit Berapit, Kroh Hot Spring, Santai Dusun dan Huang Kuan Durian Farm.
-RI




