Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

PRN Negeri Sembilan: Pengundian Awal Berjalan Lancar

By 25 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith (Seremban)

SEREMBAN, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Proses pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azmi Shahrom berkata situasi itu adalah suatu kelaziman pada mana-mana proses pengundian awal.

“Pengundian awal selalunya tidak bermasalah. Kerana kita bercakap tentang polis dan tentera. Mereka sangat berdisiplin.

“Mereka keluar mengundi dalam jumlah yang ramai. Semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses demokrasi tersebut di Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Seremban, di sini hari ini.

SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 14,995 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka atau 91.06 peratus keluar mengundi awal, bermula jam 8 pagi.

Sementara itu, Azmi berkata pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi Sabtu ini melebihi 70 peratus.

“PRN lazimnya kurang mendapat perhatian berbanding pilihan raya Parlimen. Namun, jika kita berjaya mencapai kadar keluar mengundi 70 peratus atau lebih, itu merupakan satu pencapaian yang sangat baik,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda