Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Baucar Petrol Belia 722 Ringankan Beban Belia Tasik Biru

By 21 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Jack Away (Bau)

BAU, 22 Jul (MalaysiaAktif) – Seramai 200 belia di kawasan Tasik Biru menerima manfaat menerusi Program Baucar Petrol (Motosikal) Belia 722 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Sarawak bagi meringankan kos perjalanan harian golongan muda.

Majlis perasmian program anjuran SABERKAS Cawangan Tasik Biru itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Laut dan Sungai) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep di Dewan Suarah Bau, hari ini.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu belia yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk bekerja, melanjutkan pengajian dan menguruskan aktiviti harian.

Sementara itu, Temenggong Masyarakat Bidayuh Bahagian Kuching Temenggong Atok Derop, 65, berkata pelaksanaan program itu merupakan langkah amat bertepatan dalam membantu golongan belia berdepan peningkatan kos sara hidup.

“Program seperti ini memberi manfaat secara langsung kepada belia kerana dapat mengurangkan beban kos perjalanan harian mereka.

“Ia bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan golongan muda kepada pembangunan komuniti,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut berharap lebih banyak inisiatif seumpama itu dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan dan masa depan belia terus diberi perhatian.

Secara keseluruhannya, program yang mendapat sambutan menggalakkan itu mencerminkan usaha berterusan menyokong kesejahteraan belia, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan masyarakat setempat bersempena dengan Hari Sarawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda