Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Empat Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM245,000 Dirampas

By 8 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Bernama

GOMBAK, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM245,000 selepas menahan empat lelaki tempatan dalam satu serbuan di Taman Bolton, Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata dalam serbuan pukul 1 tengah hari 30 Ogos lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor menahan suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun setelah disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya membuat rampasan satu beg kanvas berwarna biru dapati di dalamnya mengandungi tujuh bungkusan teh cina berwarna hijau berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat 7.14 kilogram.

“Kadar penggunaan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 14,000 orang pengguna dalam masa sehari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal berkata, ujian saringan awal mendapati tiga suspek positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah serta dadah.

“Mereka ditahan reman selama sembilan hari dan dituduh pada hari ini di Mahkamah Majistret Selayang di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang kena tuduh (OKT) ditelah dihantar ke Penjara Sungai Buloh dan kes akan disebut semula pada 15 Disember ini,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda