Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Remaja Lelaki Lemas di Pantai Bagan Lalang

By 2 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Manjasari Shamsudin (Sepang/BBP Sepang)

SEPANG, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi-manda di Pantai Bagan Lalang, Tanjong Sepat, di sini semalam.

Penguasa Kanan Bomba II, Mohamad Issmanto Md Pono berkata Mohd Akhil Zamani Sanusi, 17, dilaporkan hilang pada 3.10 petang sebelum ditemukan kira-kira 300 meter (m) dari pantai selepas empat jam pencarian.

Operasi pencarian mangsa yang melibatkan anggota bomba dan penyelamat dari BBP Sepang dengan dibantu unit PPDA BBP KLIA, BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Pencarian dijalankan menggunakan bot serta kaedah pencarian di permukaan oleh 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang, dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Shah Alam dan Pelabuhan Klang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi katanya turut disokong Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

-FN

Tinggalkan komen anda