Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Peristiwa Serang Hendap Ops Ngayau 3 Segar Diingatan

By 9 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Tragedi 16 anggota Unit Platun A Batalion 1 Renjer Kem Pagar Ruyung Sibu, diserang hendap komunis di Sungai Kedup semasa menjalankan Operasi Ngayau 3, masih segar di ingatan.

Menurut Sarjan Dajai Anggie, 76, yang berasal dari Rumah Nurin Betong, kem mereka diserang hendap pada pukul enam pagi, lantas terus mengangkat senjata dan bergerak mencari tempat perlindungan.

“Letupan bom yang dilontar awal disusuli dengan tembakan yang bertubi-tubi oleh pihak komunis.

“Dalam situasi yang genting dalam pertempuran, seorang anggota renjer platun A sempat berhubung dengan ibu pejabat tentang kejadian serang hendap melalui alat komunikasi.

Dajai dengan pingat Gagah Berani yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia.

Dajai dengan pingat Gagah Berani yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia.

“Malangnya, perbualan terputus kerana satu-satunya alat komunikasi untuk berhubung terkena sasaran peluru musuh,” ujar Dajai ketika ditemui di kediamannya, di sini baru-baru ini.

Menurut Dajai pihak komunis mengetahui bahawa mereka telah terputus hubungan dengan ibu pejabat dan mengarahkan mereka untuk menyerah diri.

“Saya dan Sarjan Joseph Mileng mengambil kesempatan mengatur strategi untuk serang balas yang lebih teratur dan sempurna,” ujarnya mengimbas kembali kenangan ketika bertugas dalam unit tentera mempertahankan kedaulatan negara.

Menurut Dajai, serang hendap itu turut menyaksikan lima anggota komunis terbunuh dan tangkapan dibuat ke atas beberapa anggota komunis yang tercedera.

Dajai (Kiri) bersama veteran yang digelar Bujang Berani sewaktu program peringatan Pahlawan Renjer Sarawak di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya Kuching.

Dajai (Kiri) bersama veteran yang digelar Bujang Berani sewaktu program peringatan Pahlawan Renjer Sarawak di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya Kuching.

“Walau bagaimanapun, tiga anggota renjer platun A cedera parah tetapi dapat diselamatkan, manakala seorang renjer telah terkorban dalam pertempuran Operasi pada awal pagi itu.

“Bantuan akhirnya tiba pada pukul 7.00 pagi dan keadaan dapat ditenteramkan,” katanya mengimbas tragedi tersebut.

Pada 23 Disember 1971, Dajai Anggie telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani oleh Yang Dipertuan Agung Sultan Abdul Halim Al-Haj atas khidmat bakti cemerlangnya sewaktu Ops tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda