Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

21,176 Kes Baharu COVID-19

By 11 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Covid Now

PUTRAJAYA, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara semalam sedikit meningkat iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,940,950 kes.

Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,734 diikuti Selangor 3,595, Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254) dan Pahang (853).

“Terengganu pula mencatatkan 776 kes, Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77), Putrajaya (21) dan Labuan (6),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 82 peratus atau 1,590 manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus (17,493).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda