Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

2500 Pelajar Sekolah Labuan Kumpulan Pertama Terima Vaksin COVID-19

By 11 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 11 Sep (Malaysiaaktif) – sekitar 2300 ke 2500 orang pelajar sekolah yang berumur 16 hingga 17 tahun menerima vaksin COVID-19 dalam Program Imunisasi COVID-19 Remaja.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari, fasa pertama program itu akan dijalankan pada hari ini (Sabtu) dan esok (Ahad) di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu PPV Kompleks Darul Kifayah dan PPV Kolej Matrikulasi Labuan.

Rithuan dan Ismuni beramah mesra dengan beberapa remaja yang sedang menunggu giliran.

Rithuan dan Ismuni beramah mesra dengan beberapa remaja yang sedang menunggu giliran.

“Dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan, proses pemvaksinan berjalan dengan lancar, selepas ini kita akan buka kepada remaja yang tidak bersekolah atau tercicir untuk menerima vaksin secara jumpa terus.

“Bekalan vaksin juga mencukupi dengan bantuan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah membuat perangkaan yang betul untuk Labuan,” katanya yang ditemui media semasa membuat tinjauan pelaksanaan program itu di PPV Kompleks Darul Kifayah, di sini pagi tadi.

Sementara itu, Pengerusi JPBD Labuan Rithuan Mohd Ismail, berkata pelaksanaan program itu adalah sebahagian daripada persediaan sebelum permulaan sesi persekolahan pada 4 Oktober ini.

Salah seorang remaja yang menerima vaksin COVID-19.

Salah seorang remaja yang menerima vaksin COVID-19.

“Dengan bantuan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan kita dapat menyusun program ini dan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita juga akan membuat proses sanitasi di sekolah-sekolah yang akan dibuka kerana JPBD mengambil kira persekitaran kesihatan di kawasan sekolah termasuk memastikan semua pemilik atau pekerja kantin sekolah sudah divaksin sepenuhnya.

Rithuan turut merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana memilih Labuan sebagai negeri kedua yang melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Remaja sebelum bermulanya sesi persekolahan.

Program Imunisasi COVID-19 Remaja berjalan lancar dan teratur.

Program Imunisasi COVID-19 Remaja berjalan lancar dan teratur.

-RI

Tinggalkan komen anda