Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

NGO Jadi Tulang Belakang, Bantu Komuniti

By 11 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (WPKL)

KUALA LUMPUR, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan yang cukup penting terutamanya dalam pembangunan sesebuah komuniti.

Ikon Sukan Lasak Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, berkata NGO juga sebenarnya menjadi tulang belakang dalam memastikan kebajikan sesebuah komuniti terpelihara.

Upacara kibar Jalur Gemilang sewaktu Program Merdeka@Komuniti di PPR Pantai Ria.

Upacara kibar Jalur Gemilang sewaktu Program Merdeka@Komuniti di PPR Pantai Ria.

“NGO ini diwujudkan bukan sekadar membantu kerajaan, tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang kepada golongan yang memerlukan dan membantu mereka khususnya ketika tempoh sukar ekoran pandemik COVID-19.

“Melalui platform dan program sebegini, kita sama-sama dapat membantu orang ramai yang terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 lagi,” katanya ketika ditemui sewaktu menghadiri Program Merdeka@Komuniti di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria Lembah Pantai, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Cawangan Media Siber JaPen WPKLP, Tengku Nor Liza Tengku Yahya menyerahkan Jalur Gemilang kepada penduduk.

Tengku Nor Liza (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil penduduk.

Program tersebut merupakan usahasama NGO di PPR Pantai Ria bersama Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP).

Pada program berkenaan seramai 60 orang penduduk PPR Pantai Ria menerima sumbangan bakul makanan dan disempurnakan Penolong Pengarah Cawangan Media Siber JaPen WPKLP, Tengku Nor Liza Tengku Yahya.

Program Merdeka@Komuniti di PPR Pantai Ria turut mendapat liputan media tempatan lain.

Program Merdeka@Komuniti di PPR Pantai Ria turut mendapat liputan media tempatan lain.

Hadir sama, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga PPR Pantai Ria, Mohd. Yazid Mohd. Yassin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda