Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Anak Yatim Al-Ehsan Dirai

By 15 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anis Hayati Tom (Kota Kinabalu)

BELURAN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 15 orang penghuni Rumah Anak Yatim Al-Ehsan diraikan dalam program Jalinan Kasih bersempena dengan Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Beluran.

Pegawai Penerangan Daerah Beluran Melanie Marcellina J Kinjawan, berkata program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Labuk.

“Ini merupakan kali pertama kami mengadakan program seumpamanya bersama-sama anak-anak yatim di rumah ini.

“Terima kasih kepada pengurusan Rumah Anak Yatim Al-Ehsan kerana sudi menerima kehadiran kami hari ini dan setinggi penghargaan kepada UPPM Labuk atas kerjasama dan membantu dalam menjayakan Program Jalinan Kasih ini.

Melanie ketika menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan dan Jalur Gemilang kepada anak-anak yatim Al-Ehsan.

“Kami berharap kehadiran anggota Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah ke sini sedikit sebanyak dapat menyuntik rasa sayang dan cinta mereka sebagai rakyat Malaysia kepada negara sempena sambutan Hari Malaysia 2021 pada 16 September ini,” katanya yang ditemui di pusat kebajikan tersebut, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pemimpin UPPM Labuk Rafael Lindan, memuji usaha yang dilaksanakan oleh JaPen sebagai usaha menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme pada peringkat akar umbi sekali gus menggelorakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Program sebegini merupakan satu usaha yang baik untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

“Hubungan permuafakatan antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri tetapi secara tidak langsung juga hubungan dengan komuniti setempat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda