Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hari Malaysia: Gelagat Anak Orang Asli Mencuit Hati

By 16 September 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Gelagat anak-anak orang asli yang berpakaian beragam mencuit hati dan memeriahkan sambutan Hari Malaysia masyarakat berkenaan di Kampung Orang Asli Batu 12, hari ini.

Mereka menggayakan pakaian beragam bertemakan ‘Malaysia’ muncul dengan aksi bersahaja membuatkan ibu bapa serta hadirin di Dewan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terhibur.

Juliana memaklumkan anaknya bersemangat untuk menjayakan program Hari Malaysia.

Juliana memaklumkan anaknya bersemangat untuk menjayakan program Hari Malaysia.

Seorang ibu, Juliana Kelana, 32, berkata anaknya begitu semangat untuk memakai pakaian beragam bagi meraikan Hari Malaysia.

“Malam tadi anak saya tidur awal daripada biasa supaya tidak ketinggalan program ini.

“Dia bersemangat untuk memakai pakaian yang saya jahit ini bagi meraikan Hari Malaysia.

“Agak lama penduduk kampung tidak menyertai program seperti ini kerana mematuhi arahan kerajaan,” katanya.

Pengerusi MPKKOA Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak menghadkan mereka yang telah lengkap divaksin untuk hadir program tersebut.

Pengerusi MPKKOA Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak menghadkan mereka yang telah lengkap divaksin untuk hadir program tersebut.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli, Suhaimi Along, 42, pula menyifatkan penduduk kampung gembira dapat meraikan Hari Malaysia walaupun sedikit gusar dengan penularan COVID-19.

“Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan penduduk kampung untuk menjayakan Hari Malaysia.

“Namun saya hadkan mereka yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan untuk hadir.

“Saya berdoa agar pandemik ini cepat berlalu supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Khairul Shahrizal (kiri) bersama tetamu menyanyikan lagu Jalur Gemilang ketika menjayakan program merdeka@komuniti sempena sambutan Hari Malaysia.

Khairul Shahrizal (kiri) bersama tetamu menyanyikan lagu Jalur Gemilang ketika menjayakan program merdeka@komuniti sempena sambutan Hari Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Gombak, Khairul Shahrizal Ismail, berkata beliau kagum dan bangga dengan semangat patriotik serta komitmen ibu bapa kanak-kanak untuk menjayakan program tersebut.

“Semangat seumpama ini yang kita perlukan kerana secara tidak langsung dapat menanam nilai patriotisme di kalangan anak-anak mereka sejak kecil supaya terus mencintai negara.

“Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahir dan menyuburkan semangat cintakan negara di kalangan anak-anak.

“Sekiranya anak-anak diasuh sejak kecil, nescaya generasi yang lahir pada masa akan datang bakal mempunyai jati diri yang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menjayakan program berkenaan hari ini.

Seorang ibu sedang menyiapkan pakaian beragam anaknya.

Seorang ibu sedang menyiapkan pakaian beragam anaknya.

Mengulas lanjut, Khairul Shahrizal berkata, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) daerah Gombak terus memainkan peranan dalam menyuburkan semangat cinta dan sayang kepada negara.

“Walaupun program-program dilaksanakan dalam skala yang kecil dan perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, namun diharap ianya dapat menyemai semangat patriotik.

“JaPen akan terus menyebarkan maklumat kepada orang ramai sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan agar Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dijayakan,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda