Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program Isi Minyak Percuma Bantu Penduduk Ampang

By 17 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

AMPANG, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang penunggang motosikal mendapat manfaat isian petrol secara percuma dalam Program Sepakat@Komuniti Parlimen Ampang – Jom Isi Minyak Percuma sempena sambutan Hari Malaysia semalam.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor Ali Suhaili, memaklumkan program kerjasama jabatan yang dilaksanakan di sebuah stesen minyak di Kg. Melayu Ampang ini berjaya membantu penunggang motosikal meringankan beban mereka dalam mencari rezeki melalui perkhidmatan penghantaran makanan.

“Pada masa sama, kami turut melaksanakan program hebahan berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 dan Kempen 3S/3W serta meraikan sambutan Hari Malaysia.

“Edaran Jalur Gemilang dan pelitup muka secara percuma turut diedarkan kepada orang awam,” katanya yang ditemui di stesen minyak berkenaan, di sini semalam.

Edaran Jalur Gemilang dan pelitup muka juga diedarkan secara percuma kepada semua penunggang motosikal dan orang awam di stesen petrol ini.

Edaran Jalur Gemilang dan pelitup muka juga diedarkan secara percuma kepada semua penunggang motosikal dan orang awam di stesen petrol ini.

Seorang penerima manfaat, Mohd Pidus Sujari, 48, yang bekerja sendiri berkata program isian petrol secara percuma ini bukanlah kali pertama dilakukan di sekitar Ampang.

“Program seperti ini sememangnya dapat membantu sedikit sebanyak penunggang motosikal dalam kawasan sekitar.

“Dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik COVID-19 ini, pelbagai bantuan dan insentif daripada kerajaan diberikan bagi meringankan beban rakyat.

“Saya bersyukur walaupun tidak dapat bekerja sepenuhnya bermula daripada pandemik melanda negara tahun lalu tetapi bantuan daripada kerajaan tidak pernah putus bukti kerajaan amat prihatin dalam membantu dan memahami denyut nadi rakyat,” katanya.

Antara penunggang motosikal yang hadir mendaftarkan diri untuk terima manfaat petrol percuma dalam Program Sepakat@Komuniti Parlimen Ampang.

Menurut Zulkiffli Said, 34, yang bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa dia menyatakan rasa syukur dan terima kasih di atas penganjuran program ini.

“Program ini sangat membantu para penghantar makanan kerana mereka menggunakan motosikal untuk melakukan pekerjaan tersebut.

“Ramai penghantar makanan sekarang agak terjejas akibat daripada pengurangan komisen daripada pihak syarikat penghantaran makanan.

“Walau bagaimanapun, kami terus melakukan pekerjaan tersebut kerana perlu menyara keluarga dan tidak dapat peluang pekerjaan yang lain,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda