Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Kepala Lapang, Hati Senang – Hairol

By 23 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan program Webinar Pengurusan Emosi dan Stres dalam Era Pandemik COVID-19 bagi menangani masalah tekanan emosi terutamanya ketika menghadapi musim pandemik ini.

Panel penceramah, Hairol Kamal Ab Rahman, merupakan Pegawai Psikologi, Hospital Rehabilitasi Cheras, berkata menghindari tekanan psikologikal dan mengelakkan ianya daripada terus berpanjangan sehingga cenderung mendapat kecelaruan mental dan pastinya akan mengambil masa yang lama untuk dirawat dan pulih, beberapa langkah harus dilakukan dengan segera.

“Teruskan amalan menjaga kebersihan diri, ikuti prosedur piawai (SOP) sepanjang masa, beri sokongan terhadap mangsa COVID-19 dan mereka yang terdekat yang dikesan sedang mengalami tekanan emosi dan perasaan.

“Bagi mereka yang sering merasa kebimbangan yang melampau, kurangkan menonton, membaca atau mendengar sesuatu berkenaan COVID-19 yang boleh menambahkan lagi kebimbangan dan ketakutan dalam diri,” katanya ketika menjadi penceramah dalam program webinar tersebut, semalam.

Antara perkongsian semasa program berlangsung.

Antara perkongsian semasa program berlangsung.

Peserta kursus, Siti Norhafizah Che Jusoh, berkata program sebegini amat bagus di mana dapat mengingatkan kita sebagai seorang muslim juga wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit.

“Berdoa serta ingat bahawa tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah agar kita seiisi keluarga dan seterusnya seluruh Malaysia dan dunia terus dilindungi dan dijauhi dari wabak ini.

“Jika akhirnya kita yang menjadi mangsa serangan COVID-19 ini, kita perlu kekal positif serta yakin bahawa ianya ujian dari Allah dan semoga tekanan psikologikal ini dapat dihindari daripada diri seseorang,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda