
Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Azmi Abd Majid (Larut Matang dan Selama)
SELAMA, 25 Sep (Malaysiaaktif) ā Seramai 410 orang pelajar yangĀ mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan secara jumpa terus menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Permai Selama sebelum bermulanya sesi persekolahan pada Oktober depan.
Pegawai Perubatan merangkap Ketua PPV Selama, Nur Aainaa Abu Hanipah, berkata pemberian vaksin kepada pelajar sekolah di sekitar daerah Selama, terutamanya kepada mereka yang mengikuti kelas peperiksaan telah memasuki hari yang kedua dan ianya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
“Empat buah sekolah yang menghantar pelajar mereka untuk menerima suntikan vaksin di sini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, SMK Redang Panjang, SMK Dato Haji Hussein dan SMK Kubu Gajah.
“Kesemua pelajar yang datang ditemani oleh ibu bapa atau penjaga masing-masingĀ untuk memantau keadaan anak selepasĀ menerima suntikan vaksin tersebut sambil diawasiĀ pihak perubatan yang terlatih,ā katanya ketika ditemui diĀ PPV tersebut,Ā di sini semalam.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato Haji Hussein Nor Umara Omar Basah, berkata pihak sekolah berpendapat pemberian vaksin kepada pelajar-pelajar tersebut adalah satu tindakan yang baik kerana mereka yang menerima vaksin tersebut berasa lebih selamat ketika berada di sekolah, di samping dapat memudahkan segala urusan mereka sama ada di dalamĀ mahupun di luar sekolah.
“Kita mengharapkan dengan pengambilan suntikan vaksin iniĀ dalam kalangan pelajar sekolahĀ dapat memastikan kelangsungan pendidikanĀ dan proses pembelajaran tidak terjejas terutamanya kepada pelajar di Tingkatan Lima yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ā tiba tidak lama lagi,ā ujarnya.
~RJ~