Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sekolah di Negeri Fasa Empat Perlu Bersedia Sebelum Dibuka

By 26 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Semua sekolah di negeri Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata antara yang perlu diberi perhatian pihak sekolah adalah sistem pengudaraan yang baik bagi mengurangkan sebarang risiko penularan jangkitan COVID-19 khususnya melibatkan varian Delta.

“Seperti mana nasihat daripada Kementerian Kesihatan dalam konteks varian Delta ini, apa yang paling penting adalah pengudaraan bukan sahaja dalam bilik darjah, bilik khas dan pejabat, tetapi seluruh kawasan berbilik di sekolah perlu dipastikan berlaku pengudaraan yang baik.

“Saranan kepada sekolah-sekolah (dalam Fasa Empat), selain Langkawi ada dua lagi tempat iaitu Labuan dan Negeri Sembilan yang akan memulakan sesi persekolahan (secara bersemuka pada 3 Oktober ini), maka persediaan itu perlu dibuat dengan rapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua langsir atau poster yang digantung di dalam bilik-bilik darjah atau bilik khas perlu dialihkan bagi memastikan pengudaraan berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, walaupun sesi persekolahan nanti hanya melibatkan kelas peperiksaan, namun persiapan awal perlu dilakukan sebelum sesi persekolahan secara bersemuka dibenarkan kepada murid-murid daripada kelas lain.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda