Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Santuni Masyarakat India di Lembah Pantai

By 27 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Inthran Krishnan (Lembah Pantai)

KUALA LUMPUR, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang penduduk kaum India di Taman Bukit Angkasa disantuni menerusi Program Sepakat@Komuniti Parlimen Lembah Pantai.

Pegawai Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Ramlan Askolani, berkata aktiviti bersama masyarakat itu menjadi agenda menyemarakkan Keluarga Malaysia.

“Kaum India adalah sebahagian daripada keluarga ini dan mereka tidak wajar dipinggirkan.

Sebahagian penerima sumbangan bakul makanan di Program Sepakat@Komuniti Parlimen Lembah Pantai.

Sebahagian penerima sumbangan bakul makanan di Program Sepakat@Komuniti Parlimen Lembah Pantai.

“Kami tidak meminggirkan mana-mana kaum berdasarkan bangsa kerana komuniti itu juga terbentuk sebahagian daripada kekuatan Malaysia,” katanya ketika ditemui pada program tersebut, di sini semalam.

Pada program itu, kesemua 20 wakil keluarga dalam kalangan masyarakat India yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerima sumbangan bakul makanan.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP), Lim Ann Teck.

Lim Ann Teck menyerahkan cenderamata kepada Ramlan.

Lim Ann Teck menyerahkan cenderamata kepada Ramlan.

Sementara itu, seorang penduduk, Rajeswari Kumar, 52, menzahirkan rasa syukur dengan sumbangan bakul makanan yang diterimanya.

“Sumbangan berupa barangan makanan tersebut cukup bermakna dan sedikit sebanyak ia meringankan beban yang dihadapi penduduk dan terima kasih diucapkan kepada JaPen atas usaha baik ini,” katanya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Lembah Pantai/Segambut Kyadizah Abd. Hamid dan Pengerusi Kelab Sosial dan Rekreasi Angkasa Kuala Vijaya Kumar Anggamuthu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda