
Laporan/foto: Mohd Hafizul Adzhari/FB Penyelaras Japerun Gadek (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) merangkap Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek Datuk Mustafa Musa, mengadakan lawatan Program Vaksinasi pelajar Sekolah Menengah Parlimen Alor Gajah dalam memastikan golongan pelajar di sini tidak keciciran dalam mendapatkan vaksin.
“Dengan adanya program vaksinasi bagi pelajar dibawah 18 tahun sudah pasti akan mengurangkan risiko jangkitan serta melindungi diri mereka, keluarga dan masyarakat daripada virus COVID-19.
“Saya berharap agar pelajar segera mendapatkan vaksin, sebagai guru saya amat teruja, semoga sesi persekolahan yang bakal dibuka secara bersemuka tidak lama lagi akan berjalan lancar.
“Pelajar yang masih belum mengambil vaksin mahupun yang masih lagi belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin supaya membuat dengan kadar segera agar Negeri Melaka dapat mencapai imuniti kelompok dengan cepat,” ujar beliau selepas melawat di Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Create Alor Gajah, di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, anggaran harian penerima di Dewan PPV Create Alor Gajah untuk mendapatkan suntikan vaksin adalah kira-kira 400 orang.
-FF