Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Semangat Ukhuwah Terserlah Dalam Program Korban Madrasah Al-Amin

By 3 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

BUKIT RAMBAI, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Semangat kerjasama dan gotong-royong dalam kalangan penduduk terus terserlah apabila lebih 200 sukarelawan berganding bahu menjayakan program ibadah korban di Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama, semalam.

Program tersebut berjaya menyempurnakan ibadah penyembelihan sebanyak 31 ekor lembu dan 12 ekor kambing dengan penglibatan aktif penduduk setempat termasuk golongan belia, wanita serta jawatankuasa madrasah.

Biro Wanita Madrasah Al-Amin Taman Rambai Utama, Roseyati Idris, 49, berkata semangat kebersamaan yang ditunjukkan penduduk membuktikan nilai perpaduan dan keprihatinan masyarakat masih kukuh.

Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja melaksanakan tuntutan ibadah, malah menjadi medium mengeratkan silaturahim serta memupuk budaya bekerjasama dalam komuniti.

“Walaupun ramai yang bekerja dan hari kedua bukan cuti umum, penduduk tetap hadir membantu sejak awal pagi demi memastikan urusan qurban dapat diselesaikan dengan sempurna,” katanya.

Program itu sekali gus mencerminkan semangat sukarelawan dan budaya gotong-royong yang terus subur dalam kalangan masyarakat setempat serta diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh ukhuwah komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda