Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

12,735 Kes Baharu COVID-19

By 1 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan 12,735 kes baharu COVID-19 semalam, berbanding 12,434 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya memaklumkan perkembangan terbaru itu menjadikan kumulatif kes adalah 2, 245,695.

Sarawak kekal melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 2,487 diikuti Selangor (1,940); Johor (1,241); Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Sabah pula merekodkan 993 kes disusuli Perak (913); Pulau Pinang (763); Terengganu (726); Pahang (697); Kuala Lumpur (258); Melaka (194); Negeri Sembilan (132); Perlis (97); Putrajaya (28) selain satu kes di Labuan.

Sementara itu, penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang kelmarin ialah 63 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 55 peratus katil bukan ICU.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda