Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

[KEMAS KINI] YDP MPHTJ Santuni Peniaga Pusat Pelancongan Melaka

By 3 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Shadan Othman (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 3 Okt ( Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang diketuai Yang Dipertua (YDP) Shadan Othman, mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti tinjauan mesra bersama-sama para peniaga di kawasan sekitar Zoo Melaka baru-baru ini.

Menurut Shadan, tinjauan mesra ini merupakan siri mingguan yang ke-13 dalam rencana aktiviti yang dirancang oleh MPHTJ bagi menyantuni para peniaga dikawasan Hang Tuah Jaya bagi mendapatkan secara terus permasalahan yang dihadapi serta dalam masa yang sama dapat menyelesaikan hal mereka.

“Mengambil kira pespektif arahan pihak kerajaan, sesi kali ini lebih menekankan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada para peniaga dan mengingatkan supaya menjaga kebersihan di kawasan premis perniagaan.

Shadan meninjau dan bertanya khabar dalam program walkabout.

Shadan meninjau dan bertanya khabar dalam program walkabout.

“Memilih lokasi di kawasan pelancongan terutama di kawasan kraftangan dan juga Medan Selera adalah bertepatan dengan konsep tinjauan mesra yang memfokuskan tempat tumpuan orang ramai terutama penduduk Negeri Melaka,” ujar beliau selepas selesai sesi tersebut di Hang Tuah Jaya, di sini.

Ahli Majlis MPHTJ Shahnor Samsudin, berkata siri tinjauan pada kali ini dirancang pada saat akhir berikutan kelulusan sektor pelancongan bagi negeri di Fasa 3 baru sahaja diluluskan dan dibenarkan beroperasi serta dikunjungi bagi individu yang telah melengkapkan tarikh matang vaksinasi.

“Sepanjang sesi ini berlangsung, pihak MPHTJ berpuas hati dengan SOP yang diamalkan oleh para peniaga malah perincian secara teliti dijalankan bagi memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kebanyakan peniaga mula meluahkan perasaan lega atas kelulusan serta kebenaran tersebut namun mereka mengambil langkah berhati-hati kerana virus COVID-19 ini masih wujud di sekeliling komuniti yang hadir dipremis mereka,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda