Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pendekatan Bersemuka Masih Relevan

By 5 Oktober 2021Oktober 7th, 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin/Muhamad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)

SEREMBAN, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Meskipun media baharu menjadi medium penting dalam dunia komunikasi pada hari ini, tetapi komunikasi bersemuka tetap mempunyai kepentingan tersendiri dan pilihan dalam masyarakat hari ini.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seremban Fauziah Abdullah, kemajuan media baharu dalam membantu menyampaikan dan menyebarkan maklumat sememangnya amat baik dan tidak boleh menolak realiti hari ini bahawa media baru adalah fakta dalam kehidupan.

“Komunikasi melalui aplikasi media baru mempunyai batas tertentu dan ada masanya maksud dalam bentuk teks, audio atau visual tidak sampai dan mewujudkan salah faham.

Pengunjung mendapatkan bahan penerbitan.

Pengunjung mendapatkan bahan penerbitan.

“Mengambil pendekatan itu, pada hari ini kami di Pejabat Penerangan Daerah Seremban telah mengadakan program untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan dan agensi kerajaan secara lebih meluas dan telus kepada masyarakat secara bersemuka,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai Program Komuniti@PMR di xx, di sini kelmarin.

Pengunjung program Salma Ahmad, melahirkan rasa gembira selepas sudah lama tidak dapat menghadiri program sebegini berikutan penularan COVID-19 yang melanda negara kita.

“Kepentingan media baharu yang turut digunakan sebagai medium menyampaikan maklumat kerajaan tidak dapat dinafikan, tetapi pendekatan dengan cara mengedarkan bahan-bahan penerbitan dan hebahan juga berkesan dan perlu diteruskan supaya mesej sampai kepada masyarakat dengan lebih jelas.

Taklimat sedang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

Taklimat sedang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

“Komunikasi bersemuka adalah pilihan terbaik kerana mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri yang tidak boleh diabaikan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda