Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

9,380 Kes Baharu COVID-19

By 7 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat dengan pertambahan lebih 500 kes apabila 9,380 kes direkodkan semalam, berbanding 8,817 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman sosial Twitter dan Facebook memaklumkan perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,303,837.

Menurutnya Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,503 kes diikuti Kelantan (1,170), Selangor (1,116), Johor (1,105), Sabah (790), Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200) dan Negeri Sembilan (191).

Negeri yang merekodkan kes baharu di bawah paras 100 ialah Perlis dengan 42 kes, Putrajaya (18) dan Labuan (lapan).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda