Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

YIDE Anjur Bulan Anak Yatim Sempena Maulidur Rasul

By 8 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/YIDE

SHAH ALAM, 8 Okt  (Malaysiaaktif) – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menggesa semua pihak menjaga kebajikan keluarga yang menjadi yatim dalam sekelip mata akibat pandemik COVID-19.

Pengerusinya Datuk Bakhtiar Hussin, berkata data Jabatan Pendidikan Selangor dan Polis Selangor mencatatkan 1,403 pelajar daripada 1,020 keluarga menjadi yatim.

Beliau berkata, sehubungan itu pihaknya menganjurkan Bulan Anak Yatim sempena kelahiran Nabi Muhamad SAW yang merupakan seorang anak yatim.

“Program ini bertemakan ‘Sayangi Anak Yatim’ adalah julung kali diadakan.

YIDE menganjurkan Bulan Anak Yatim bertemakan Sayangi Anak Yatim bermula 8 Oktober hingga 5 November ini.

YIDE menganjurkan Bulan Anak Yatim bertemakan Sayangi Anak Yatim bermula 8 Oktober hingga 5 November ini.

“Ia bagi memupuk kesedaran orang ramai berkenaan pentingnya menjaga anak-anak yatim ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Bakhtiar berharap program ini akan menjadi titik permulaan agar orang awam untuk terus memberikan perhatian kepada anak-anak yatim.

“Sokongan moral dan emosi sangat penting untuk golongan ini,” katanya.

Menurutnya, program akan bermula pada 8 Oktober sehingga 5 November menampilkan Ikon Mahabbah YIDE seperti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

“Pendakwah terkenal seperti Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Syamsul Debat dan lain-lain juga menyertainya.

“Ia turut diserikan dengan sentuhan diraja apabila Raja Muda Selangor berkenan menyantuni beberapa Rumah Kebajikan Anak Yatim,” jelas beliau.

-RI

Tinggalkan komen anda