Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

27,000 Peserta Sertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang

By 9 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sharir Mohd Sani (Kluang)

KLUANG, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 27,000 orang telah menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang hari ini.

Menurut Pegawai Daerah Kluang Jamaluddin A Hamid, jumlah penyertaan yang telah menyertai program ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 25,000 orang.

“Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah bermula pada 8 sehingga 10 Oktober 2021 di seluruh daerah ini.

KBS Freestyle Challenge Kluang merupakan antara aktiviti yang diadakan bersempena dengan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang.

KBS Freestyle Challenge Kluang merupakan antara aktiviti yang diadakan bersempena dengan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang.

“Terdapat empat aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah meliputi aktiviti MyFit@Kluang, Keluarga Malaysia MyFit@Home, KBS Freestyle Challenge dan sukan e-sport Mobile Legend.

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada individu perseorangan mahupun penggiat sukan serta pelbagai lapisan peringkat umur termasuk golongan orang kurang upaya di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang di Kompleks Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, di sini hari ini.

Tambah beliau, program MyFit@Kluang yang diadakan dalam tempoh 5 minggu mulai dari 20 September lepas mendapat sambutan yang baik dari masyarakat yang mana mereka boleh melakukan aktiviti ini di mana sahaja termasuk senamrobik bersama ahli keluarga.

Jamaluddin (kiri) menyampaikan hadiah pertandingan KBS Freestyle Challenge kepada Firdaus Jabar (Kanan).

Jamaluddin (kiri) menyampaikan hadiah pertandingan KBS Freestyle Challenge kepada Firdaus Jabar (Kanan).

“Setiap penglibatan tidak kira apa jua aktiviti yang dilakukan akan dikira sebagai satu penyertaaan dan dibekalkan sijil penyertaan,” ujarnya.

Jamaluddin berkata pihaknya turut merangka untuk mengadakan pertandingan sukan antara agensi kerajaan pada peringkat daerah pada masa akan datang.

Juara aktiviti KBS Free Style Challenge, Firdaus Jabar, 24, berkata sambutan ini yang diadakan dalam suasana norma baharu bukan satu alasan untuk kita tidak menyertai aktiviti sukan.

“Melalui aktiviti sukan juga kita dapat memupuk semangat perpaduan dan persefahaman bersama rakan-rakan dan masyarakat setempat,” tambahnya.

Turut hadir, Pentadbir Tanah Daerah Kluang Mohd Hisham Said dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang Mohamad Fadhil Jamal.

-NI-

Tinggalkan komen anda