Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SPR Nafi Syarat Vaksinasi Lengkap Pemilih PRN Melaka

By 19 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap adalah syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan oleh beberapa agensi media.

SPR dalam kenyataan semalam memaklumkan Garis Panduan Pencegahan (SOP) COVID-19 bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamad.

Menurut SPR, SOP itu akan berpandukan pandangan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia dari semasa ke semasa.

Terdahulu, SPR dalam satu sidang media mengumumkan 20 November sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan pengundian awal pada 16 November.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda