Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,434 Kes Baharu, Kekal Arah Aliran Penurunan

By 19 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia kekal menunjukkan Arah aliran penurunan dengan 5,434 kes baharu dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,396,121, Malaysia merekodkan 6,145 kes harian pada Ahad.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu semalam, hanya 151 kes atau 2.8 peratus melibatkan Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala baki 5,283 kes atau 97.2 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes adalah kes import manakala 5,429 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 semalam.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 8,435 kes sembuh dilaporkan semalam, sekali gus mengatasi kes baharu.

Selain itu, terdapat 682 kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 357 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata 15 kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster pendidikan lain dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda