Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95 dan Diesel Kekal, RON97 Naik Dua Sen

By 11 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 November, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) semalam.

MOF dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda