Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Portal MyDIGITAL KKMM Tingkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan

By 25 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zaidy (Putrajaya)

PURTAJAYA, 25 Nov (Malaysiaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa merasmikan Promosi Jalur Lebar 2021 MyDIGITAL. KKMM yang merupakan portal setempat bagi pelbagai perkhidmatan dalam talian untuk rakyat.

Menurut Annuar, portal ini memberi tumpuan untuk memperkasakan Keluarga Malaysia bagi menjadi pengguna yang bijak dan berhemah dalam penggunaan teknologi komunikasi serta merapatkan jurang saluran di antara kerajaan dengan Keluarga Malaysia dalam membina masyarakat bermaklumat melalui penyampaian informasi secara cepat dan tepat.

“Menuerusi portal MyDIGITAL.KKMM ini, rakyat dapat menikmati manafaat pelbagai jenis informasi mengenai program, produk mahupun perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan dan sektor swasta.

“Portal ini disertai oleh kesemua 27 kementerian bersama-sama agensi di bawahnya sebagai pempamer, di samping lima buah syarikat telekomunikasi utama di Malaysia yang turut mengambil bahagian untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing,” katanya semasa merasmikan inisiatif berkenaan di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini, hari ini.

Annuar berkata, seiring dengan keperluan dan kehendak semasa, KKMM giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi pembangunan industri komunikasi dan multimedia sebagai antara usaha dalam pelan pemulihan negara.

“Sejajar dengan aspirasi kerajaan iaitu menitikberatkan pendigitalan dalam semua aspek termasuk keusahawanan, pendidikan, pelancongan, kesihatan dan gaya hidup, teknologi, sukan, hiburan serta industri kreatif.

“KKMM menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama kementerian dalam memacu aspirasi digital negara dan layari portal www.mydigital.kkmm.my serta akaun media sosial MyDIGITAL.KKMM untuk maklumat lanjut,” katanya.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Timbalan Ketua Setiausaha KKMM (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Ma. Sivanesan, Ketua Pegawai Operasi (Komersial dan Teknologi) Telekom Malaysia Berhad Ir. Ts. Azizi A Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation (SCMO) Fabian Bigar.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda