Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Media Labuan Diajak Gembleng Tenaga Sebar Maklumat Sahih dengan Pantas

By 26 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Para penggiat media di sini diajak untuk terus menggembleng tenaga dalam menyampaikan maklumat sahih terutamanya mengenai inisiatif kerajaan dengan pantas.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil, pihaknya bersama para penggiat media perlu menyahut seruan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengenai keperluan maklumat seperti bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih pantas.

“Peredaran zaman yang diikuti kepesatan teknologi media massa menuntut Jabatan Penerangan Malaysia perlu menyesuaikan kaedah penyampaian maklumat agar terus kekal relevan sepanjang masa.

Ab Rasil (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Jainuddin.

Ab Rasil (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Jainuddin.

“Sehubungan itu, peranan yang dimainkan rakan-rakan media dalam membantu Jabatan Penerangan Malaysia dalam mencapai hasrat ini amatlah kami hargai,” katanya semasa berucap pada Majlis ‘Santai Media Kitani’ semalam.

Jelasnya, peranan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai agensi yang memasarkan dasar kerajaan memerlukan dokongan serta sokongan pelbagai pihak terutamanya daripada rakan-rakan media.

“Pihak kami dengan berbesar hati memohon penglibatan serta kerjasama semua rakan-rakan media untuk terus memberikan liputan terhadap program-program Jabatan Penerangan kerana setiap aktiviti yang kami laksanakan mempunyai objektif yang berkaitan kesejahteraan rakyat, meningkatkan patriostisme serta perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya lagi.

Salah seorang penggiat media RTM Labuan menerima sijil penghargaan daripada Ab Rasil (kiri).

Salah seorang penggiat media RTM Labuan menerima sijil penghargaan daripada Ab Rasil (kiri).

Pada majlis itu Ab Rasil turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan atas kerjasama serta bantuan rakan-rakan media tempatan selama ini.

“Majlis ini adalah bertujuan bagi menghargai rakan-rakan strategik Jabatan Penerangan Labuan yang telah banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada jabatan kami dalam menyampaikan pelbagai dasar serta inisiatif kerajaan kepada masyarakat di pelbagai peringkat,” tambahnya.

Hadir sama Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainuddin Djimin.

-RI

Tinggalkan komen anda