Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perkembangan Positif Gariskan Persamaan antara Kewangan Islam dan ESG di Malaysia

By 27 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Wujud perkembangan positif dalam menggariskan persamaan antara prinsip kewangan Islam dan amalan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat (ESG) di Malaysia.

Jersey Finance, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, mewakili pusat kewangan antarabangsa (IFC) global yang memenangi anugerah di Jersey telah melancarkan kajian penting mengenai sikap global terhadap pengurusan kekayaan kewangan Islam baru-baru ini.

Menurut pusat kewangan itu, daya tarikan yang semakin meningkat untuk pelaburan yang bertanggungjawab berpotensi berfungsi sebagai batu loncatan kepada pendekatan inklusif dan tersusun dalam kalangan pelabur individu bernilai tinggi (HNWI).

Laporan itu menggariskan beberapa isu yang dihadapi oleh HNWI Muslim di seluruh dunia seperti peralihan kekayaan daripada satu generasi ke generasi seterusnya, kewangan mampan serta keperluan untuk tadbir urus korporat yang baik, katanya.

Pengarah untuk Timur Tengah, Afrika dan India, Faizal Bhana berkata kajian itu memberikan pandangan unik mengenai keperluan yang semakin berkembang oleh HNWI dalam golonganm Muslim di seluruh dunia dan menekankan perkara yang perlu dilakukan oleh pengurus kekayaan swasta, penyedia perkhidmatan kewangan dan bidang kuasa antarabangsa untuk memenuhi keperluan tersebut.

Beliau berkata dengan 76 peratus responden telah meneroka amanah sebagai struktur penting dalam perancangan penggantian, Malaysia, Jersey dan IFC lain yang diiktiraf di peringkat global berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan individu tersebut.

“Apabila dunia pulih daripada pandemik, pengurusan kewangan dan kekayaan jangka panjang sangat diperlukan untuk membuka pintu peluang untuk pemulihan holistik.

“Jersey seperti Malaysia, mempunyai banyak pengalaman dalam pematuhan Shariah, perancangan penggantian dan perlindungan aset, meletakkan kami di kedudukan teratas untuk bidang kuasa, menyokong keperluan antarabangsa bagi pejabat HNWI dalam golongan Muslim, individu yang mempunyai jumlah aset kewangan cair tinggi,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda