
Foto: Infografik Kementerian Kewangan
PUTRAJAYA, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol bagi RON 95 kekal RM2.05 manakala RON97 turun sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.02 kepada RM2.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Disember 2021.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan semalam memaklumkan harga runcit diesel juga kekal RM2.15 seliter untuk tempoh sama.
“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-RI