
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)
LABUAN, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Kumpulan Tunas Budaya Kampung Sungai Bedaun merupakan satu-satunya kumpulan muzik tradisional kulintangan yang dibarisi oleh pemain-pemain remaja.
Menurut pengurusnya Sukarni Ahmat, kumpulan ini dibarisi murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun yang berusia antara 8 hingga 12 tahun.
“Kumpulan ini ditubuhkan bagi memastikan seni muzik ini tidak tenggelam ditelan arus kemodenan.
“Kumpulan ini pernah mewakili Labuan ke Festival Kebudayaan dan Kesenian Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia selain membuat persembahan di majlis-majlis keramaian,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut, di sini baru-baru ini.
-RI