Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sebarluaskan Aplikasi “Price Catcher”

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Setiu)/KPDNHEP

BESUT, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) cawangan Besut dan Setiu pohon kerjasama penjawat awam dan pemimpin masyarakat untuk membantu menyebarluaskan aplikasi “Price Catcher” kendalian kementerian tersebut kepada pengetahuan masyarakat khususnya di daerah Besut dan Setiu.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Besut dan Setiu, Azani Ismail, aplikasi tersebut amat berguna buat masyarakat untuk menjadi pengguna yang bijak dalam memilih barangan yang hendak dibeli katanya pada Mesyuarat Gerakan Pengguna Daerah Besut dan Setiu di Pejabat KPDNHEP, di sini pagi tadi.

Beliau optimis ketua-ketua jabatan dan para ketua masyarakat yang hadir dapat membantu pihaknya mewar-war kan penggunaan aplikasi tersebut yang boleh dimuat turun di aplikasi telefon bimbit.

-ZS-

Tinggalkan komen anda