Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Tamu Bukit Kuda Jual Barang ‘Rare’

By 8 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Walaupun Tamu Kampung Bukit Kuda tidak sebesar tamu atau pasar tani ditempat lain, tetapi terdapat beberapa barang ‘rare’ atau yang jarang ditemui pada masa kini.

Antaranya adalah belacan yang diproses dengan cara tradisional dan masih dibalut dengan daun pisang. Selain itu, keunikan pelbagai makanan tradisi antaranya Kelupis dan Liking ikan hulu-hulu juga menarik perhatian para pengunjung. Pelbagai jenis sayuran tempatan dan ulam-ulaman kampung turut dijual seperti Paha-paha dan Rebung.

Tamu yang dibuka setiap hari Sabtu seawal jam 6.00 pagi itu turut menonjolkan kemahiran warga kampung menghasilkan produk-produk lain antaranya pelbagai jenis liking dan pais ikan, minyak kelapa dan seni kraftangan beg atau bakul anyaman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda