Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ibu Bapa Main Peranan Memacu Masa Depan Anak-anak

By 27 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)

BERA, 27 April (Malaysiaaktif) – Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kehidupan anak-anak di masa depan lebih baik dan berjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka.

“Bukan sahaja kejayaan dalam bidang akademik yang menjadi ukuran, namun perlu selari dengan aspek kerohanian dalam diri anak-anak,” katanya sewaktu berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang di sini, baru-baru ini.

Norol menyampaikan sumbangan itu kepada 533 ibu bapa dan penjaga kepada pelajar Tahun 1 bagi sesi 2022.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Bera, YH Dato’ Zaman Azam Mohd Sarif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda