Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sembang Anak Muda Bersama Cikgu Saarani Tutup Tirai KAMU 2022

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

KAMUNTING, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Sembang Anak Muda Bersama Cikgu Saarani sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU 2022) merupakan antara pengisian program yang ditunggu-tunggu oleh belia Larut Matang dan Selama.

YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad hadir mendengar aspirasi anak muda berkaitan hala tuju belia dalam Pembangunan Negeri Perak 2030, di sini baru-baru ini.

Saarani turut berkesempatan beramah mesra dengan pemimpin belia tempatan, wakil Guru Muda, pelajar sekolah serta belia yang berjaya mengharumkan nama Larut Matang dan Selama dalam bidang masing-masing.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak YB Tuan Khairul Shahril Mohamed dan ketua-ketua jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda