Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Berita Palsu Boleh Cetus Persengketaan Antara Rakyat Jelata

By 20 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Pereka isi kandungan berita palsu dan berunsur fitnah boleh menimbulkan persengketaan antara rakyat.

Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah dalam era kebangkitan media sosial pada hari ini berita yang tidak sahih dan berunsur fitnah boleh menbawa kepada tercetusnya perbalahan yang akhirnya mengguris kesejahteraan dan menyebabkan ketengangan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Justeru itu patik berharap semua pihak terutamanya pencipta kandungan dan individu-individu berpengaruh di media sosial lebih berhati-hati sebelum menerbit atau menulis sebarang kandungan untuk tatapan pengikut masing-masing,” titah baginda di Istana Anak Bukit, di sini semalam.

Baginda telah menjadi senarai pertama daripada 62 penerima darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-80.

-ZS-

Tinggalkan komen anda