Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kopitiam Nam Theng Jadi Pilihan Sarapan Pagi Keluarga Malaysia di Jelebu

By 29 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Sekiranya anda berkunjung ke Jelebu pastikan anda singgah di Kopitiam Nam Theng yang terletak di tengah pekan Kuala Klawang.

Kedai kopi yang diusahakan keluarga Choy Ying Tok, 80, ini menyediakan menu sarapan pagi pelbagai kaum Keluarga Malaysia yang halal seperti nasi lemak, roti canai, char kuey teow dan macam-macam lagi.

“Kebanyakan pelanggan kami yang daripada semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India gemar kopi ‘kaw’ bersama set roti bakar,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Choy Ying Tok, menu di kopitiamnya adalah resepi turun-temurun keluarga sejak ia dibuka pada tahun 1953.

Seorang penduduk tempatan dan juga pelanggan tetap Khamis Ithnin, 57, berkata kedai kopi ini memang sudah sebati dengan masyarakat setempat dan dilanggani oleh semua lapisan masyarakat tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

“Kita boleh lihat satu meja diduduki oleh pelanggan pelbagai bangsa  Keluarga Malaysia sambil menikmati kelazatan kopi disini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda