Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program ‘School Outreach’ Selangor FC

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Noor Fatin Fatihah Nik Asri (Shah Alam)

PETALING , 7 Jul (Malaysiaaktif) – Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) mengadakan program ‘School Outreach’ untuk memberi motivasi serta berkongsi pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional.

Pemain Selangor FC Nor Hakim Hassan, berkata menerusi program berkenaan para pelajar didedahkan kejayaan atlet sukan tanah air sebagai pemangkin semangat agar mencapai kejayaan dalam sukan diceburi.

“Ia pendedahan awal tentang dunia bola sepak profesional Malaysia serta memberi galakan kepada mereka sekiranya ingin menceburi sukan ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau ditemui ketika program berkenaan bersama rakannya, Harith Haiqal Adam Afkar di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda