Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ibadah Korban Erat Silaturahim

By 10 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Keningau)

KENINGAU, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Ibadah korban sebagai wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk atas kerjasama menjayakan ibadah itu sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Ibadah Korban Surau Ali’imran bagi tahun 2022, Md. Zulkefli Zainuddin berkata seramai 50 orang penduduk menyertai aktiviti korban pada setiap tahun.

“Selain itu, lokasi surau yang terletak di tepi laluan jalan utama antara Kimanis dan Keningau menjadikan penduduk yang hadir ke surau ini dari beberapa buah kampung yang berbeza,” kongsinya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Menurutnya sebanyak empat ekor lembu bakal dikorbankan dan satu daripadanya merupakan sumbangan MBSB.

Dalam pada itu, sebanyak 280 agihan penerima akan mendapat sebahagian daging korban kali ini dan beliau berharap dapat melakukan ibadah korban lagi pada tahun hadapan dengan menyembelih tiga atau empat ekor binatang ternakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda