Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Anyaman Kraf Plastik Jana Pendapatan Wanita Rumah Panjang Samiggat

By 14 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat /Lim Poh Choo (Sarawak)

SONG, 14 Jul  (Malaysiaaktif) – Kreativiti biro wanita rumah panjang Samiggat, Ulu Lajan menjana pendapatan dengan menghasilkan kraftangan anyaman tikar plastik mendapat perhatian daripada masyarakat umum di daerah Song.

“Pada mulanya ia hanya aktiviti untuk mengisi masa lapang, tiada kursus diberikan oleh mana-mana pihak, namun tidak mematahkan semangat kami untuk mengubah konsep menjana pendapatan yang baharu.

“Bagi membuka jalan dan menyokong hasrat kaum ibu di rumah panjang ini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah memberi sumbangan sebanyak RM 8,000 kepada kami,” kata Entadu Ribut, 63, yang merupakan bekas ketua biro wanita rumah panjang Samiggat, di sini baru-baru ini.

-ZS-

https://malaysiaaktif.my/113585

Tinggalkan komen anda