
Laporan/foto: Mohamad Firdaus Hassan
LIPIS, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 944 orang penerima yang terdiri daripada veteran tentera, bekas polis, ibu tunggal, pemandu teksi dan penjaja harian menerima sumbangan wang tunai sempena Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2, di sini baru-baru ini.
Salah seorang ibu tunggal yang ditemui Normaziah Yusoff, 50, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sumbangan yang diterima.
“Kami berasa sangat gembira kerana kerajaan negeri Pahang amat prihatin terhadap nasib ibu tunggal. Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu para ibu tunggal membeli barangan keperluan harian,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Bioteknologi Negeri Pahang Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Haji Abdul Razak berkata bantuan yang diberikan merupakan tanda keikhlasan kerajaan dalam membantu masyarakat yang terdiri daripada kelompok yang berbeza.
“Kerajaan sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan masyarakat tidak kira dalam apa jua bidang, dan bantuan sebegini merupakan tanda penghargaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat.
-ZS-